Tuesday, 8 May 2012

PERBUATAN PALING GILA PENGGAL KEPALA KUCING

Apa yang difikirkan lelaki ini sehingga sanggup memenggal kepala kucing yang tidak berdosa. Inilah perbuatan paling gila di dunia.

Entah apa penyakit otak lelaki ni. Agaknya dah gila ke?. Bayangkan pula kalau kepala lelaki ini pula yang dipenggal seperti kepala kucing tu.

Tidak diketahui dari mana datangnya lelaki kejam ni. Sepatutnya tindakan tegas harus diambil kepada lelaki ini yang menyeksa binatang sedemikian rupa.

image

Heeiii…apa punya binatang !!

image

PEMUDA CUBA BUNUH DIRI DI JAMBATAN PULAU PINANG KERANA PUTUS CINTA

PEMUDA CUBA BUNUH DIRI

GEORGETOWN: “Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun.

“Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.”

Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta.

Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan.

Monday, 7 May 2012

LELAKI NEPAL MABUK TIDUR SEKATIL DENGAN POLIS

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri dari Flet Awam Jalan Hiliran di sini, terkejut apabila terjaga daripada tidur awal pagi semalam dan mendapati seorang warga Nepal yang dipercayai mabuk tidur sekatil dengan mereka.


Kehadiran suspek disedari mangsa yang juga anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 4.15 pagi selepas anak mereka yang berusia dua tahun menangis kerana dihimpit suspek yang tidur sekatil bersama keluarga berkenaan.


Suspek berusia 31 tahun yang dipercayai mabuk menceroboh masuk rumah anggota polis terbabit sebelum tertidur bersama keluarga terbabit.
Anggota terbabit dipercayai masuk tidur bersama isteri dan anaknya berusia dua tahun kira-kira jam 1.20 pagi tetapi terjaga apabila mendengar tangisan anaknya yang dipercayai berasa tidak selesa akibat dihimpit suspek.


Sebaik terjaga, mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek sedang lena tidur di katilnya, menahan lelaki itu dan memaklumkan kepada Rakan Cegah Jenayah Terengganu sebelum dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga untuk siasatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi di sini, semalam, berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar raya ini dipercayai tersilap masuk ke kediaman mangsa akibat mabuk.
Katanya, suspek dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu utama sebelum tidur di bilik sama dengan keluarga terbabit.