Tuesday, 21 February 2012

Anak tetak ibu sehingga mati

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 21 Feb. – Hanya kerana marah ditegur ibunya, seorang anak tergamak menetak sehingga mati wanita warga emas itu dengan parang di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri dekat sini hari ini.

Mangsa, A’inshon Abd. Rahman, 60, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kepalanya oleh penduduk sebelum melaporkan kepada polis pukul 1.30 petang.

Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek berusia 26 tahun yang disyaki penagih dadah, berang selepas ditegur ibunya agar tidak menunggang motosikal keluar dari rumah.

Pemuda itu kemudian mengambil parang di luar rumah lalu bertindak menetak berkali-kali belakang kepala mangsa yang ketika kejadian berada di dapur sebelum melarikan diri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad, bertindak atas maklumat awam, polis memberkas suspek di kawasan Sidam Kiri, kira-kira sejam selepas kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang masih bujang dan tidak bekerja itu dipercayai penagih dadah.

“Lelaki itu dikesan turut mengalami masalah mental berdasarkan ubat-ubatan diambilnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik tinggal bersama ibunya di rumah itu sementara ahli keluarga lain tinggal berasingan.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.

Jiran mangsa, Maznan Omar, 48, memberitahu, suspek sebelum ini dikatakan sering kali bergaduh dengan ibunya.

“Dia juga dikesan menghadapi masalah penagihan dadah dan menghidu gam sejak di bangku sekolah,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka suspek bertindak ganas sehingga sanggup membunuh ibunya.

Friday, 17 February 2012

PERINGATAN UNTUK ORANG ISLAM

Hati-hati dalam membeli barangan.

Ini adalah salah satu taktik halus orang-orang kafir untuk menjahanamkan Islam. Tak cukup dengan hanya melukis kartun berwajah nabi, dia orang buat kalimah Allah, Muhammad dan Islam tu pada tapak kasut. Sungguh biadap perbuatan mereka. Semoga Allah mengutuk mereka sekeras-kerasnya dan menghumban mereka ke dalam api neraka.

Bagi kita umat Islam di Malaysia ini, hati-hatilah ketika memilih barangan. Selidiklah dari semua aspek termasuk bentuk logonya, bentuk apa saja yang terukuir dan material yang digunakan. Pada masa sekarang ini barangan kulit dari kulit babi pun sudah berlambak di pasaran

Perhatikan kebiadaban mereka pada kasut wanita di bawah. Kalau kita tersilap sudah tentu memijak kalimah setiap hari. Takut-takut ustazah pula yang pakai. Nauzubillah.

image

Diharap pendedahan ini membuka mata semua pihak khusus umat Islam. Marilah membenteras penganiayaan ini demimempertahankan agama slam yang suci.

 

HATI-HATI GAMBAR ANDA BOLEH DIUBAHSUAI

 

Gambar anda senang saja nk dieksploitasikan.. kerana apa:
-Web facebook ini kepunyaan org2 Yahudi
-Walaupun anda meng’HIDE’kan gambar anda tapi gambar anda masih boleh dilihat oleh para pemerhati di bahagian Pusat Data Facebook yg menyimpan berjuta-juta maklumat peribadi & gambar, mereka boleh membuka profile gambar anda yg di’HIDE itu mengikut hati mereka yg mereka inginkan..
-terdapat juga para hacker di seluruh dunia
-ini adalah jaringan internet tanpa sempadan yg boleh dilihat oleh semua org di dunia ini.
-rahsia yg paling besar yg mereka telah simpan dari diketahui ramai iaitu MEREKA BOLEH MELIHAT DUNIA ANDA MELALUI WEBCAM ANDA WALAUPUN ANDA TIDAK MENGAKTIFKANNYA..Jangan suka-suka upload gambar dalam internet nie terutama facebook

sumber: facebook

p/s: jangan nanti kecoh tau-tau ada gambar anda telanjang di internet.

SMS SPAM YANG MENIPU

Hati-hati dengan mesej ini.

Mesej ini dari nombor telefon 0195853720:

“Congratulation” Your Sim-Card ( 019580XXXX) B’jaya Ganjaran RM10,000,00 dr “MILIMEWA” No Siri: 499877

Sila dail office: 014-280-6549 “ORIGINAL” Terima Kasih

---------------------------------------------

Sila perhatikan:

- Ayat dia memang rojak

- Rm 10,000,00 tulis tak betul

- No. Office dia nombor telefon bimibit dia tulis macam nombor bebas tol.

Hotak belacan betullah orang ni.

 

Technorati Tags:

PENIPUAN MAMAT AFRIKA MELALUI FACEBOOK

KUANTAN – Angan-angan seorang pensyarah wanita sebuah kolej di sini untuk bertemu bakal pasangan hidupnya, Dr Bruce Burn dari Amerika Syarikat yang dikenali melalui laman sosial facebook lebur apabila lelaki itu sebenarnya watak yang sengaja dicipta penipu untuk memperdaya mangsanya. Lebih menyedihkan, wanita berusia 47 tahun dari Raub itu bukan sahaja tidak dapat menemui ‘pakar ortopedik’ itu, malah dia juga kerugian RM30,000.

Mangsa dihubungi pegawai Kastam bernama Baharum memberitahu warga Amerika itu ditahan pihak kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa wang RM25,000 selepas tiba ke negara ini 26 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Zaini Jass berkata, mangsa yang masih bujang itu diminta membayar wang tersebut bagi melepaskan ‘kekasihnya’ yang sebelum ini berjanji untuk menikahinya.

Menurutnya, mangsa membuat bayaran kepada melalui satu akaun bank milik seorang individu bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian apabila pegawai kastam tersebut memaklumkan Bruce tidak dapat dibebaskan selagi dia tidak menjelaskan wang insuran sebanyak RM57,500.

“Mangsa mula curiga lalu menghubungi pejabat Kastam KLIA untuk penjelasan lanjut bagaimanapun dia terkejut apabila dimaklumkan tiada pegawai bernama Baharum di situ dan tiada sebarang penahanan warga asing dilakukan.

“Menyedari dia sudah tertipu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub 27 Januari lalu,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam. Zaini berkata, mangsa mula berhubung dengan kekasih maya itu sejak 7 Januari lalu.

“Perkenalan mereka bertambah serius apabila ‘lelaki’ itu memberitahu sedang mencari pasangan untuk berkahwin selepas perkhidmatannya tamat 20 Januari lepas. “Malah Dr Bruce juga berjanji akan menetap di negara ini selepas berkahwin dengan mangsa sebelum memberitahu akan datang menemui wanita itu enam hari kemudian,” katanya.

 

Technorati Tags:

HATI-HATI DENGAN MESEJ INI

Mesej ini akan dihantar ke email anda secara rambang. Satu lagi cara untuk menipu di internet. Sanggup menggunakan ayat Allah untuk menipu.

Bismillah Ir-Rahman Ir-Rahim!

Assalamualaykum Wa rahmatullahi Wabarakatuh!

“All Praise be to God alone, the Lord of all the worlds, the All-Merciful, the ever Mercy-giving, the Master of the Day of Judgement. You alone we worship, and you alone we ask for help. Guide us on the Straight Path, the Path of whom you have blessed, not of those who incur you anger, nor of those who go astray. (al-Fatihah 1:1-7).

The true servants of the merciful Lord are those who do not tell lies against others, and do not lose their composure when listening to profane abuse; and who do not turn a blind eye and a deaf ear to the Lord’s revelations, when they are reminded of them. The true servants of the merciful Lord are those who say to him: ‘Make our families happy, and make us examples to all who honour you.’ Qur’an, Al-Furqan, Surah 25:72-74

My name is Mrs Fatima Abubakar and I am the wife of late Dr Mohamed Abubakar who died from heart attack on the 17th August 2010. We are originally from Riyadh Saudi Arabia and live here in London UK. My late husband before his death was a shareholder with Suria KLCC Malaysia, Petronas and Sime Bank Berhad Malaysia. We were in Malaysia a couple of times in the past and insha-Allah in two weeks time I will be in Malaysia to pay condolence to the family of the recently murdered Datuk Sosilawati Lawiya who was a good business friend of mine. She had visited us many times here in the UK during her business visits. We both deal in cosmetics. Insha-Allah during my visit to Malaysia in two weeks time or before then, I would like to meet up with you and discuss personally with you regarding what I am about to share here with you.

My late husband had a profile with this site and before his death he mentioned that some amount of money be donated to the poor Muslims in your country in pursuit of ibadah. He was a philanthropist and in the past donated funds to charitable organizations both in Palestine and Indonesia.

We have no children and presently I am suffering from breast cancer. I am 57 year old.

We will discuss more when I hear from you.

You may reach me either by email, mobile, telephone or fax: Telephone: 447031822843, Mobile: 447031748785, Fax: 441335210299, or E-mail: fatimaabb@aol.co.uk

Jazakallah Khair!

Mrs. Fatima Abubakar

 

Technorati Tags:

MELESAPKAN GAJI DAN BONUS DALAM 48 JAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ekonomi sekarang dikatakan tidak berapa menentu. Amerika, Eropah dan Jepun dah mula mengeluh dengan kegawatan yang berlaku. Malaysia pula masih mencongak2 yang katanya konon tahun depan baru nak terasa kegawatannya.

Dalam ambang kegawatan ini, memang semua pening kepala. Walau tak banyak syarikat gulung tikar, tapi dah banyak yang mula mengecilkan saiz pekerja. Buang sana, buang sini. Terpaksa!

Benci nak mengakuinya, tapi bila ekonomi tak bagus, jenayah pun menjadi-jadi.

Nak tau rahsia hilangkan duit gaji dan bonus anda dalam 48 jam?

Semalam saya menerima satu email. Ringkas tetapi padat.

Dear CIMB Bank customer,

We are hereby notifying you that we’ve recently suffered a DDos-Attack on one of our’s Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.

Here’s how to get started:

1. Log in to CIMBClicks online account (click here).

2. You must request for TAC online via CIMBClicks - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
( you can find the “request TAC” button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.

Saya paling respek tentang scam ini adalah kepekaan si penipu.  Tak lama lagi hari gaji kakitangan awam dan kakitangan awam akan dapat bonus pulak. Yeay! Pandai si penipu ni pilih masa… Bijak! Bijak!

Gawat atau tidak, kita akan sentiasa dihujani dengan penipuan sebegini. Hati2 ya…

 

SMS PENIPU

Pernah anda terima SMS berbunyi begini:

You winner!!_

Simcard anda berjaya

Menangi Wang Rm30.000   (dia titik ja bukan koma, bunyi macam 30 ribu))

dr “COCA COLA SDN BHD

cabutan bertua (tiada ‘h’)

No,siri_112577  (siap ada no siri lagi)

Sila_Call Office:

013-8588099 MOHD.ISMAIL

 

HATI-HATI, sms ini adalah penipuan, kawan-kawan ramai yang terkena. Biasanya dia akan minta kita masukkan sejumlah wang di ATM.